Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kami warga Ipoh Reggae FC telah selamat pergi dan pulang dalam menjayakan “Family Day Reggae FC” 14&15 June 2008 di Pulau Pangkor…Untuk pengetahuan semua dalam perjalanan ke pangkor (road to pangkor) kami warga ipoh reggae buat pertama kalinya telah mengadakan aktiviti Treasure Hunt yang bermula di Ipoh (padang bola Jelapang Baru) singgah di checkpoint Petronas Batu Gajah untuk aktiviti buy & bring dan berakhir di Hentian Lumut….Treasure Hunt ini bermula pada jam 8.30 pagi dan dalam keadaan terkawal telah berakhir lebih kurang pada jam 11.00 pagi…Sepanjang berlangsungnya program ini pelbagai pengalaman suka dan duka telah dilalui oleh para peserta yang mana segala2 nya mungkin menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan oleh warga Ipoh Reggae…Sehubungan dengan itu, amat membanggakan kami (para urusetia) apabila para peserta telah memberikan komitmen dan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan aktiviti Treasure Hunt ini dan juga pelbagai aktiviti lain sepanjang mengharungi tempoh percutian di Teluk Nipah, Pulau Pangkor…sepanjang tempoh percutian ini segala2 nya telah berlangsung dalam keadaan yang terancang dan teratur… akhir sekali amat diharapkan agar program seperti ini akan terus berkekalan menjadi aktiviti tradisi yang berkesinambungan bagi warga Ipoh Reggae dan diharapkan juga ukhwah yang terbina melalui program ini akan terus utuh dan berkekalan…
tahniah dan juga jutaan terima kasih diucapkan kepada warga ipoh reggae…
“Love, Peace, & Harmony”
tahniah dan juga jutaan terima kasih diucapkan kepada warga ipoh reggae…
“Love, Peace, & Harmony”
1 comment:
hidup reggae...
Post a Comment